CUPCAKES UNTUK FATIN




Di kesempatan ini saya nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang sudi menyokong saya dalam meneruskan bisnes ini.Pelanggan-pelanggan melalui alam maya terutama En.Mohd,En.Azmi dari Bangi,Aniza dan ramai lagi yang kadang-kadang saya terlupa nak tanya nama mereka.Saya cuma ambil pesanan tanya alamat dan apa yang perlu saya tulis pada kek itu.

Alhamdullilah perniagaan internet ini juga mengajar saya lebih peka kepada ilmu komputer dan tidak terlalu bergantung pada suami yang agak tahu dalam bidang ini (kami ada menjalankan bisnes servis komputer dirumah) part-time suami.

Hari ini anak perempuan saya Aqilah Najwa meghadiahkan cupcakes kepada kawan karib dia Fatin sempena harijadi beliau. Cupcakes ini pertama kali saya hias untuk dihadiahkan kepada kawan anak saya ini.

No comments: