CUPCAKES UNTUK FATIN




Di kesempatan ini saya nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang sudi menyokong saya dalam meneruskan bisnes ini.Pelanggan-pelanggan melalui alam maya terutama En.Mohd,En.Azmi dari Bangi,Aniza dan ramai lagi yang kadang-kadang saya terlupa nak tanya nama mereka.Saya cuma ambil pesanan tanya alamat dan apa yang perlu saya tulis pada kek itu.

Alhamdullilah perniagaan internet ini juga mengajar saya lebih peka kepada ilmu komputer dan tidak terlalu bergantung pada suami yang agak tahu dalam bidang ini (kami ada menjalankan bisnes servis komputer dirumah) part-time suami.

Hari ini anak perempuan saya Aqilah Najwa meghadiahkan cupcakes kepada kawan karib dia Fatin sempena harijadi beliau. Cupcakes ini pertama kali saya hias untuk dihadiahkan kepada kawan anak saya ini.

KEK HARIJADI UTK ALIA,AWAN & AFIQ



Allahuakbar cepatnya masa berlalu,rasanya lama saya tak kemaskinikan blog ni.Selain sibuk dengan tempahan kek harijadi yang tak pernah putus, rutin harian sebagai surirumah sepenuh masa mencuri masa saya yang ada.

Alhamdullilah bisnes kek saya tidak mengecewakan walaupun sana-sini orang bercerita pasal ekonomi dunia yang tidak menentu.Hari-hari yang saya lalui,saya isikan dengan menambah ilmu mendeko kek (ilmu dunia) dan ilmu-ilmu akhirat juga sebagai bekalan saya di sana nanti.
Almaklum umur saya pun dah menunjukkan tanda aras yang memerlukan saya berwaspada.Namun setinggi-tinggi kesyukuran pada Ilahi yang masih memberikan saya kesihatan yang baik dan keluarga yang bahagia.

Kek di atas adalah tempahan Kak Ana dari Klang Gate.Kek coklat moist 2kg untuk harijadi anak-anak beliau. Kek ini saya hantar dekat Muzium Negeri Negeri Sembilan. Alkisahnya saya nak ke hospital Tuanku Jaafar melawat pakcik belah suami yang berada di CCU akibat serangan jantung.Kak Ana dalam perjalanan balik dari PD bercuti bersama anak-anak.Keputusan diambil untuk serahkan kek ini ditempat yang saya sebutkan.Apapun terima kasih Kak Ana kerana sudi tempah kek dengan saya.

TEMPAHAN AZIE & SIS HAMIDAH

Hari Wesak dan cuti umum,Alhamdullilah sempat saya siapkan tempahan Azie Putrajaya.Kek ni untuk anak-anak dia bawa balik ke asrama petang esok. Pagi esok saya kenalah kesana lagi.Untuk azie terima kasih masih sudi tempah kek dengan Kak Naz. Didoakan anak-anak Azie maju jaya dalam pelajaran.InsyaAllah.


Ini pulak tempahan kek coklat moist yang setengah kilo dari sister Midah untuk diedarkan kat Ampang Putri. Kakak ni memang suka tolong saya buat bisnes.Raya ari tu banyak juga dia buat sales. Jangan tak tau penyanyi Aisyah pun oder kek ini melalui dia. Alhamdullilah kadang-kadang Allah bagi kita rezeki melalui orang lain. Yang penting untung saya bagi samarata dengan kakak ni.Terima kasih ya Kak Midah.

BIRTHDAY CAKE - SPONGEBOB




Ini kek untuk Arif anak jiran sebelah rumah.Siap jemput kami sekeluarga datang untuk "tea time".Makan laksa dan mi soto yang sedap tu.Malu juga tengok kek buatan sendiri tapi ok la tu ek.Esok-esok buat yang lagi baik.InsyaAllah








Ini first time saya dapat order dari Azie Putrajaya.Mungkin dia tengok mudah.com yang saya iklankan kek coklat ni.Azie sms,Kak Naz kalau boleh letak gambar kartun untuk Azzeza seronok tengok kek dia.Sebenarnya hjadi dia lambat lagi tapi saja nak celebrate tiap-tiap bulan.

Mak ooi banyaknya duit.

Lucu juga bila tengok spongebob hitam ni he he.Tapi yang penting keknya sedap dan kartun tu ada rupa.Azie kata Azeeza seronok sangat dengan spongebob hitam ni.:) Alhamdullilah.



Ni pulak mai nak cerita.Temphan dari seorang untie untuk anak buah yang tersayang. Untie tu adik ipar saya la Wati namanya,kek ni untuk anak buah dia Haziq.Terima kasih la sebab sudi tempah kek hitam ni dgn akak.Tempah lagi ya lain kali.Respond bagus punya siap cakap "ni tak ada kat kedai ni".Apa pun tq wati sebab bagi sokongan.Our businnes must go on,saling meyokong antara satu sama lain.