BARBIE UNTUK IRDINA AISYAH


Kek 1.5kg ini ditempah olen PnJuli dari Damansara untuk si comel Irdina Aisyah. Selamat Harijadi Dina. Orangnya memang comel dan keletah- so cute.
Add Image Gembira sangat Irdina bila nampak saya datang bawa birthday kek dia. Pn.Juli sms kat saya 'Akak terima kasih.Dina suka sesgt.' Alhamdullilah.

ALAHAI CC




CC DI HARIJADI ALYA



CC 50 biji yang ditempah oleh Pn.Norhaiza dari Putrajaya untuk harijadi putrinya Alya.
Kek harijadi Alya yang ada Upin dan Ipin tu ya.Thank you very much.
Maaf gambar tak berapa nak jelas.

UPIN DAN IPIN UNTUK ALYA



Kek 1kg order dari Pn.Norhaiza dari Putrajaya untuk si comel Alya 2 tahun. Kek ini disertakan bersama 50 cupcakes. Gambar di atas.

Alya peminat kartun Upin dan Ipin. Selamar Hari jadi Alya. Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.Amin

TERIMA KASIH MARZIANA


Kek 1kg ditempah oleh Puan Marziana dari Ukay Perdana untuk anak gadisnya Eca.Happy Birthday Eca.Semoga menjadi anak yang baik dan cemerlang dewasa nanti. Hiasan buah-buahan atas permintaan Puan Marziana sendiri.


Kek 1kg ini juga Puan Marziana yang order.Takut tak cukup katanya.Topping choclate ganache tanpa choclate rice atas permintaan beliau. Sebelum ini beliau juga menempah 50biji cupcakes bertopingkan coklat rice. Terima kasih, harap kita boleh berhubung lagi di masa akan datang


CUPCAKES UNTUK KAWAN


Order dari kawan Sarah. Design atas permintaan Sarah(dulu dah ada ni, tapi remaja memang suka corak macam ni)

Sarah punya sendiri.

Order dari kawan Sarah.Tq Sarah sudi ambil order untuk kawan-kawan.


Order dari kawan kakak (Aqilah) kat sekolah.Tq kakak ' ibu love u'. Duit ibu simpan tau .......

CUPCAKES DGN TOPPING CHOC RICE


Cupcakes 200 biji order dari staff HUKM.Thank you very much.



Cupcakes 200biji order dari Mariah UIA.Thanks Along

CHOC CAKE WITH ALMOND FLAKE

Add ImageKek 1kg order dari sis Deva dari Selayang. Choc cake dengan almond flake ini atas permintaan
sis Deva.

Allhamdullilah ada juga kaum India yang sudi menempah kek saya. Thank you sis Deva.

POWER RANGERS 2


Kek (kedua) 1kg order dari Pn.Atirah untuk anak kesayangan MUAZ.

Selamat Hari Jadi Muaz,semoga menjadi anak yang soleh dan cemerlang.Amin.

POWER RANGERS I


Kek 1kg order dari Pn.Atirah dari Bangi.

Ada 2 kek dengan imej Power Rangers tapi gambar lain-lain. Katanya satu untuk kat rumah dan satu untuk di bawa ke tadika.

Terima kasih untuk Pn.Atirah dan keluarga.

THANK YOU ALLAH 2X

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdullilah segala puji dan syukur pada Allah yang masih memberikan saya ruang untuk meneruskan bisnes kecil ini.

Kepada semua pelanggan yang budiman berbanyak terima kasih saya ucapkan di atas sokongan anda semua.

Di sini saya ingin menghulurkan tangan memohon maaf sekiranya tempahan tuan/puan tidak menepati citarasa atau ada sebarang kekurangan. Halalkan semuanya supaya rezeki yang saya perolehi mendapat keberkatan dari Allah S.W.T.

Kepada ibu/bapa yang menempah kek harijadi untuk anak-anak, saya amat menghormati dan menghargai usaha tuan/puan untuk memberi kegembiraan pada anak-anak yang tersayang. Tuan/puan adalah ibubapa yang prihatin dan memahami hati si kecil.

Setiap kali saya mendeco kek untuk si kecil saya akan meletakkan diri saya sebagai sebahagian dari mereka.Untung bukan menjadi ukuran, kerana saya ikhlas untuk melihat si kecil gembira dan ceria bersama kek harijadi mereka. Mereka saya anggap seperti anak-anak saya juga.


TERIMA KASIH SEMUA.WASSALAM

KEK SIAPA NI?



Kek dihantar hari Sabtu
Mutiara Damansara tempat dituju
Sang Princess bergaun merah jambu
Untuk Nur Alia Irdina yang comel bak ratu


Selamat Harijadi Sayang dan terima kasih Puan Ita

CARROT CAKE LAH PULAK


Carrot cake 0.5kg ditempah oleh Su dari Saujana Impian Kajang. Jumpa Su kat Sate Kajang Hj.Shamuri dekat stadium tu tapi tak sempat nak makan satenya sebab nak kejar masa ambil anak tuisyen. Sampai hari ni terkilan,suami kata tak pa lain kali kita datang.


Su kata kek ni untuk makan-makan dan bawa kat office untuk kawan-kawan rasa. Kiranya nak promote lah tu ya. Terima kasih Su sudi sokong bisnes akak hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Kek ini saya hantar sekali dengan Kek untuk Shanti.

KEK UNTUK SHANTI


Kek 1kg untuk Shanti ditempah oleh sahabat untuk harijadi beliau yang lepas. Design seperti atas permintaan sahabat beliau.Thank you

Happy Belated Birthday Shanti.

BEN 10 UNTUK MUHD RILSHAMIN


Kek 1kg tempahan Puan Wani dari Damansara untuk anak kesayangan Muhd Rilshamin.


Selamat Harijadi Muhd Rilshamin. Semoga menjadi anak yang soleh dan cemerlang di dunia dan akhirat.Amin

Thank you very much to Wani.

BARBIE UNTUK AQILAH - 9 TAHUN


Kek 1kg order dari Pn.Zaireen Shah Alam untuk anak gadisnya Aqilah.Selamat Hari Jadi Aqilah.Sama nama macam anak kedua saya, tapi ada tambahan Aqilah Najwa -ibu sayang kakak.

TQ TO SHEETAFC,KAK ZAN & CIKGU WAN


Kek 1kg order dari SheetaFC. Jalan-jalan lah ke blog dia kat sebelah ya.



Kek 1kg dalam dua kotak order dari Kak Zan lagi.Tq Allah & tq Kak Zan sebab sentiasa sokong bisnes saya.

CC biasa 30biji order dari Cikgu Wan dari SKTK.Tq cikgu, moga cepat dapat jodoh.Amin

SELAMAT BERTUNANG


Kek 1kg order dari Puan Siti dari Bukit Indah Ampang sempena hari pertunangan seorang saudara beliau. Terima kasih kerana sudi order kek dari saya.

MY PRINCESS MIA


Kek 1kg order dari Puan Aida dari Damansara untuk puteri kecilnya Mia.Selamat Harijadi Mia.

HAPPY BIRTHDAY TO AIDA MARDIYAH


Kek untuk Harijadi Aida Mardiyah yang ke 12 pada 4 Julai lalu.

Selamat Harijadi Aida semoga sihat walafiat dan selamat menempuh peperiksaan UPSR September nanti.Kami doakan Aida akan mendapat keputusan cemerlang.Amin