KEK UNTUK JURURAWAT HUKM


Kek 2kg ini ditempah oleh ketua jururawat HUKM (lupa nak tanya wad berapa) untuk sambutan harijadi kakitangan dalam wad beliau bertugas dan juga meraikan kakitangan yang akan melanjutkan pelajaran.Terima kasih dan semoga cepat dinaikkan pangkat lagi kerana murah hati belanja anak-anak buah.

TQ EN.MOHD NORDIN BANK PEMBANGUNAN




Repeat order dari En.Mohd Nordin.100 cc biasa,2 kotak kek 1kg dan 4 kotak kek setengah kg.Tqvm.

ULTRAMAN UNTUK FAHMI




Kek 1kg ini ditempah oleh Pn.Fadzliah Mazlina Mohamad dari Bandar Baru Bangi.Terima kasih puan.

FADHLI & BEN10








Kek 1kg ini juga ditempah oleh Pn.Fadzliah Mazlina dari Bandar Baru Bangi.

TQ KAK ZAN & ZARINA (DESA PETALING).


Order dari Zarina (Desa Petaling).Ada kesilapan teknikal sikit,saya salah baca alamat Zarina kat Sri Petaling,malam tu tak jumpa rumah Zarina.Saya minta maaf banyak2 atas kesilapan ini,esoknya awal pagi kek ini dah sampai kat rumah Zarina di Desa Petaling.Anyway tq Zarina. Skrg akak tau beza tempat Sri Petaling dan Desa Petaling.Kesian suami tunggu kat masjid Desa Petaling tapi akk tunggu kat masjid Sri Petaling.Kelakar pn ada tapi satu pengalaman yang menyeronokkan.Maaf ya Zarina, next time kalau order lg sure dah tau rumah Zarina.

Kek 1kg order dari Zarina.

Ini repeat order dari KakZan (kek 1kg 2kotak).Kak Zan ni ada stall nasi lemak yang sedap.Tiap hari beratur org kat stall dia. Kalau ada funcion or birthday ahli keluarga dia,kak Zan memang cari saya.Saya pun kerap makan nasi lemak kat stall dia dengan hubby. Yang segan tu bill air selalunya percuma,sedekah jariah katanya. Terima kasih Kak Zan. Semoga bisnes Nasi Lemak Kak Zan akan sentiasa success.Amin.



SELAMAT PENGANTIN BARU CIKGU KHAIRUL BARIAH


CC ini ditempah oleh cikgu Khairul Bariah yang telah melangsungkan perkahwinan pada musim cuti sekolah yang lalu.

Sebenarnya Cikgu Khairul Bariah nak buat tempahan sebelum hari langsungnya tapi disebabkan kesuntukan masa saya tidak dapat menerima tempahan beliau ketika itu.(last minute order).
Bila penggal persekolahan bermula saya terus menunaikan hajat beliau.

CC ini sebagai cenderahati kepada cikgu-cikgu SKTK pada sessi pagi dan petang yang diserahkan oleh cikgu Khairul kepada mereka bersama suami yang tercinta.

Selamat Pengantin Baru Cikgu dan semoga Allah melimpahkan rahmat atas perkahwinan yang baru dilalui.Amin

Warna tema cc ini ditentukan oleh Cikgu Khairul Bariah sendiri dan design by myself.

Sms dari Cikgu Khairul Bariah -salam kak .. sedap kek...nnti bleh tempah lg..tq

BUAH TANGAN UNTUK HARI BAPA


Kek 1kg dalam 4 kotak ini diorder oleh regular customer saya Linda dari Wangsa Maju. Kek ini untuk dibawa ke rumah mak mertua beliau sempena Hari Bapa.Tqvm Linda cos tak pernah jemu untuk order kek saya.Selamat sejahtera untuk Linda dan family.

SELAMAT HARI BAPA


Tempahan kek 2kg dari Nor Taman Melawati untuk sambutan Hari Lahir Faris,Iman dan Ke'Da.

Kebetulan tarikh 21 Jun adalah sambutan Hari Bapa kek ini juga khas untuk Hari Bapa.
Terima kasih untuk Nor kerana sudi tempah kek ini dari Kak Naz.Semoga selamat melahirkan cahayamata dan semoga keluarga Nor dilimpahi rahmat oleh Allah sentiasa.

HAPPY BIRTHDAY TO YANA


Kek Harijadi Yana ditempah oleh sister Zuhailah pada jam 7ptg dan nak pada malam tu juga sebab Yana nak bawa pergi nursery pagi esoknya.Mula-mula saya menolak sbb takut tak sempat nak deco tapi bila mengenangkan wajah Yana yang mengharap saya kuatkan semangat demi untuk Dayana Iliya.(6 tahun)

Kek ini saya hantar ke Bangi tepat jam 12.oomlm dan rupa-rupanya Yana masih belum tidur sbb menunggu kek dari saya.Wajahnya ceria dengan senyum penuh makna.Alhamdullilah bila kek dah sampai, tidur Yana terus lena dengan mimpi-mimpi indah untuk meyambut harijadinya di nursery esok.

Terima kasih pd ibu Yana yang menempah kek ini dan katanya bukan niat nak menyusahkan saya (dia dah siapkan goodies utk kawan-kawan Yana kat nursery tp Yana request kek juga) hanya untuk memenuhi impian anak gadisnya sahaja.

Selamat Hari Jadi untuk Dayana Iliya.

TEMPAHAN DARI PUTRAJAYA DAN EN.MOHD NORDIN BANK PEMBANGUNAN





Order dari Mona Putrajaya (kakak Azie yang pernah tempah kek dgn saya).Mona tempah 2 kek 1kg untuk anak-anak beliau.Terima kasih untuk Mona dan semoga berbahgia selalu disamping keluarga.








En.Mohd Nordin memang regular customer saya.Beliau menempah 2 kek 1kg dan 50 biji cupcakes yang biasa.Nak buat kenduri agaknya.Anyway terimakasih banyak-banyak kerana terus menyokong bisnes saya.

HEPI BELATED .........



BEN 10 UNTUK FAHMI DANISH


Kek 2kg tempahan dari Mama Fahmi Danish dari Taman Melawati.

Terima kasih kepada Puan Siti Marina yang sudi tempah kek ini.

Kek ini telah dihantar ke nursery Fahmi Danish.Selamat Hari Jadi sayang semoga menjadi anak yang soleh dan menjadi kebanggaan mama dan ayah di dunia dan akhirat.Amin

HEPI B'DAY 22