
CUPCAKES UNTUK FATIN

Di kesempatan ini saya nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang sudi menyokong saya dalam meneruskan bisnes ini.Pelanggan-pelanggan melalui alam maya terutama En.Mohd,En.Azmi dari Bangi,Aniza dan ramai lagi yang kadang-kadang saya terlupa nak tanya nama mereka.Saya cuma ambil pesanan tanya alamat dan apa yang perlu saya tulis pada kek itu.
Alhamdullilah perniagaan internet ini juga mengajar saya lebih peka kepada ilmu komputer dan tidak terlalu bergantung pada suami yang agak tahu dalam bidang ini (kami ada menjalankan bisnes servis komputer dirumah) part-time suami.
Hari ini anak perempuan saya Aqilah Najwa meghadiahkan cupcakes kepada kawan karib dia Fatin sempena harijadi beliau. Cupcakes ini pertama kali saya hias untuk dihadiahkan kepada kawan anak saya ini.
KEK HARIJADI UTK ALIA,AWAN & AFIQ

Allahuakbar cepatnya masa berlalu,rasanya lama saya tak kemaskinikan blog ni.Selain sibuk dengan tempahan kek harijadi yang tak pernah putus, rutin harian sebagai surirumah sepenuh masa mencuri masa saya yang ada.
Alhamdullilah bisnes kek saya tidak mengecewakan walaupun sana-sini orang bercerita pasal ekonomi dunia yang tidak menentu.Hari-hari yang saya lalui,saya isikan dengan menambah ilmu mendeko kek (ilmu dunia) dan ilmu-ilmu akhirat juga sebagai bekalan saya di sana nanti.
Almaklum umur saya pun dah menunjukkan tanda aras yang memerlukan saya berwaspada.Namun setinggi-tinggi kesyukuran pada Ilahi yang masih memberikan saya kesihatan yang baik dan keluarga yang bahagia.
Kek di atas adalah tempahan Kak Ana dari Klang Gate.Kek coklat moist 2kg untuk harijadi anak-anak beliau. Kek ini saya hantar dekat Muzium Negeri Negeri Sembilan. Alkisahnya saya nak ke hospital Tuanku Jaafar melawat pakcik belah suami yang berada di CCU akibat serangan jantung.Kak Ana dalam perjalanan balik dari PD bercuti bersama anak-anak.Keputusan diambil untuk serahkan kek ini ditempat yang saya sebutkan.Apapun terima kasih Kak Ana kerana sudi tempah kek dengan saya.
TEMPAHAN AZIE & SIS HAMIDAH


BIRTHDAY CAKE UNTUK SUAMI AZIE
BIRTHDAY CAKE - SPONGEBOB

Ini kek untuk Arif anak jiran sebelah rumah.Siap jemput kami sekeluarga datang untuk "tea time".Makan laksa dan mi soto yang sedap tu.Malu juga tengok kek buatan sendiri tapi ok la tu ek.Esok-esok buat yang lagi baik.InsyaAllah

Mak ooi banyaknya duit.
Lucu juga bila tengok spongebob hitam ni he he.Tapi yang penting keknya sedap dan kartun tu ada rupa.Azie kata Azeeza seronok sangat dengan spongebob hitam ni.:) Alhamdullilah.

Subscribe to:
Posts (Atom)