KEK UNTUK JUHANA


Kek ini ditempah oleh Anita untuk Juhana. Hati saya tersentuh bila Anita kata Juhana dah 37tahun tapi 'Down Snydrom' perangai macam budak-budak.Allah memberi tempat untuk Juhana didunia ini dan saya amat menghargai Anita kerana berusaha untuk menyayangi dan memberi kasih sayang pada Juhana. Selamat Hari Lahir Juhana dan Semoga Panjang Umurmu.






Kek kejutan dari seorang adik ipar kepada kakak iparnya.Masa buat delivery saya cukup seronok tengok kegembiraan angah menerimanya.Sampai tak terkata sebab dia tak sangka dapat kek walaupun bukan hari-hari yang perlu diraikan. Semoga ceria selalu.




Kek Harijadi untuk Puan Maznah Muhammad.Selamat Hari Lahir,semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.Amin



Kek untuk kawan Najmi,Asyik yang dah terlantar selama lima hari kat Hospital Pakar Ampang Putri kerana paru-paru berair.Asyik sms Najmi masa dah nak keluar hospital dengan alasan tak nak bagitau sebab takut jangkitan pada kawan-kawan yang sihat.
Kak Midah (emak Asyik) sms sya yang asyik suka kek comel ni.Semoga sentiasa sihat Asyik.Asyik ni anak Khalid Salleh (penggiat teater tu) Sekarang dah sihat dan balik belajar kat Sek.Sains Selangor.


Door gift untuk hari guru lagi ditempah oleh kawan-kawan Aqilah Najwa.


Cupcake yang ada patung kenit dan comel.




Hadiah untuk harijadi Kak Sha yang ditempah oleh kawan AqilahNajwa.




'Assorted design' cupcakes untuk sambutan hari guru yang lalu ditempah oleh kawan-kawan Aqilah juga.

Tempahan dari Mariah untuk kawannya student UIA.Terima kasih Along.

No comments: