ASSALAMUALAIKUM
Alhamdullilah segala puji dan syukur pada Allah yang masih memberikan saya ruang untuk meneruskan bisnes kecil ini.
Kepada semua pelanggan yang budiman berbanyak terima kasih saya ucapkan di atas sokongan anda semua.
Di sini saya ingin menghulurkan tangan memohon maaf sekiranya tempahan tuan/puan tidak menepati citarasa atau ada sebarang kekurangan. Halalkan semuanya supaya rezeki yang saya perolehi mendapat keberkatan dari Allah S.W.T.
Kepada ibu/bapa yang menempah kek harijadi untuk anak-anak, saya amat menghormati dan menghargai usaha tuan/puan untuk memberi kegembiraan pada anak-anak yang tersayang. Tuan/puan adalah ibubapa yang prihatin dan memahami hati si kecil.
Setiap kali saya mendeco kek untuk si kecil saya akan meletakkan diri saya sebagai sebahagian dari mereka.Untung bukan menjadi ukuran, kerana saya ikhlas untuk melihat si kecil gembira dan ceria bersama kek harijadi mereka. Mereka saya anggap seperti anak-anak saya juga.
TERIMA KASIH SEMUA.WASSALAM
TERIMA KASIH SEMUA.WASSALAM
No comments:
Post a Comment