Showing posts with label Barbie. Show all posts
Showing posts with label Barbie. Show all posts

BARBIE UNTUK BABY

Order by Baby/Farah from Pandan Perdana.Tqvm Farah

Farah datang bersama boy friendnya untuk menempah kek ini. Alhamdulillah dapat respond yang baik darinya.

Msg Farah/Baby :Received 02:03:25pm/12072010 -thx wt kek baby,sedap n cantek.

KEK ANAK TOKEY


Kesian anak saya,nilah kek yang sempat ibu dia buat untuk dibawa ke tadika. Tapi dah buat blueberry cheese cake masa harijadi abang dia . Celebrate kat KFC bersama keluarga. ok lah tu.....

BARBIE UNTUK IRDINA AISYAH


Kek 1.5kg ini ditempah olen PnJuli dari Damansara untuk si comel Irdina Aisyah. Selamat Harijadi Dina. Orangnya memang comel dan keletah- so cute.
Add Image Gembira sangat Irdina bila nampak saya datang bawa birthday kek dia. Pn.Juli sms kat saya 'Akak terima kasih.Dina suka sesgt.' Alhamdullilah.

KEK UNTUK JUHANA


Kek ini ditempah oleh Anita untuk Juhana. Hati saya tersentuh bila Anita kata Juhana dah 37tahun tapi 'Down Snydrom' perangai macam budak-budak.Allah memberi tempat untuk Juhana didunia ini dan saya amat menghargai Anita kerana berusaha untuk menyayangi dan memberi kasih sayang pada Juhana. Selamat Hari Lahir Juhana dan Semoga Panjang Umurmu.






Kek kejutan dari seorang adik ipar kepada kakak iparnya.Masa buat delivery saya cukup seronok tengok kegembiraan angah menerimanya.Sampai tak terkata sebab dia tak sangka dapat kek walaupun bukan hari-hari yang perlu diraikan. Semoga ceria selalu.




Kek Harijadi untuk Puan Maznah Muhammad.Selamat Hari Lahir,semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.Amin



Kek untuk kawan Najmi,Asyik yang dah terlantar selama lima hari kat Hospital Pakar Ampang Putri kerana paru-paru berair.Asyik sms Najmi masa dah nak keluar hospital dengan alasan tak nak bagitau sebab takut jangkitan pada kawan-kawan yang sihat.
Kak Midah (emak Asyik) sms sya yang asyik suka kek comel ni.Semoga sentiasa sihat Asyik.Asyik ni anak Khalid Salleh (penggiat teater tu) Sekarang dah sihat dan balik belajar kat Sek.Sains Selangor.


Door gift untuk hari guru lagi ditempah oleh kawan-kawan Aqilah Najwa.


Cupcake yang ada patung kenit dan comel.




Hadiah untuk harijadi Kak Sha yang ditempah oleh kawan AqilahNajwa.




'Assorted design' cupcakes untuk sambutan hari guru yang lalu ditempah oleh kawan-kawan Aqilah juga.

Tempahan dari Mariah untuk kawannya student UIA.Terima kasih Along.

KEK HARIJADI-KAREKTOR











Minggu ni sibuk sikit siapkan oder kawan-kawan anak kat sek.Selain itu termasuk oder rakan bisnes saya Puan Rosmawati (jangan marah ye tie ..),Oder cupcakes paling laris. Sebagai orang baru kenalah usaha sikit untuk jadi lebih kreatif.Alhamdullilah saya tak pernah putus idea untuk hasilkan cupcakes bukan untuk kepuasan diri saja tapi yang penting para pelanggan,terima kasih semua.